Kek untuk Kak Saba coz dia suka makan kek.........Jumpa Lagi
Jumaat, 30 Disember 2011
Salam Perpisahan untuk Kak Saba
Khamis, 29 Disember 2011
Kek angry bird - Arrgggh...
Dua tiga hari nie sibuk mencari 'image angry bird' untuk tempahan harijadi Zahra Sofea anak Kak Jan!........dia mintak buatkan kek dan kuih yang bergambarkan burung marah tu.....eeeee taksubnya kepada burung tu. Pelbagai 'image' dijumpai semuanya comel2....pendek kata perkataan angry bird tu tak lekang dari mulut sampaikan my hubby pun kenal ape angrybird tu, so now saya dah ada idea nak lukis atas kek dengan itu nantikan di post seterusnya....angry bird...angry bird angry birddzzzzzzzzzzz
Selasa, 27 Disember 2011
Walnut carrot Cheese Cake - tempahan Kak Zakiah dari Putrajaya
Kek nie ditempah khas untuk harijadi anak kak zakiah hari esok 28/12/2011 : Wafieq n Amanie so saya pun deco la dengan simple coz kesuntukan waktu.
Hiasan basketwave yang tak berapa cantik ...anyway TQVM dan harap Kak Zakiah berpuas hati. Aunty nak wish Hapi Besday to Wafieq n Amanie. Lain kali tempah lagi ...he.he
Isnin, 26 Disember 2011
Walnut Carrot Cheese Cake - Tempahan oleh Kak Sham dan Kak Ina
Yang mana satu idaman kalbu.....pilih ler yerk Kak Ina & Kak Sham
Terima kasih diatas sokongan akak2 berdua, harap berpuas hati dengan hiasan kek yang simple nie tapi rasa tetap sama
Jumaat, 23 Disember 2011
Hari Potluck yang meriah
Kak Fiqah floor manager.......huda assistant.... kak mas,kak fizah & kak maya kru setup meja |
Kak Hanim 'cool' dengan bihun Singapor nya yumi...yumi |
1st group yang datang |
makin ramai |
ehh....Kak Aslinda pun enter frame jugak |
lastly KJ baru datang memeriahkan majlis |
tunggu punya tunggu Kak Nana tak muncul-muncul akhirnya sampai pukul 12.00tgh dengan tart buah yang sedap ...TQ
Khamis, 22 Disember 2011
POTLUCK LAGI.......HAPPY POTLUCK JKE
Sempena penutup tahun 2011, member2 JKE dah plan 3 minggu lepas lagi melaui FB untuk buat potluck nie dan menyambut kedatangan Kak Nana dari KK..... so saya rancang untuk sediakan juadah pencuci mulut untuk hari esok. Oleh yang demikian tercipta la Walnut Carrot Cheese Cake untuk santapan member2 ku sekelian..........
Kek lapis coklat lembap - tempahan Mrs Ku Lee Chin
Terima kasih di atas pujian 'sedap' bagi tempahan yang lepas so sempena x'mas nie Ku tempah satu lagi Kek lapis coklat lembap so saya harap Ku berpuas hati ye.......
TQVM, MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR.................
TQVM, MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR.................
Ahad, 18 Disember 2011
Apam oh apam
Isnin, 12 Disember 2011
Kek lapis indiana original-tempahan Kak Saba Sg Buloh
Kek lapis nie ditempah oleh Kak Saba dari Sg. Buloh pada minggu lepas, oleh kerana mak datang ngan adik ke Bangi jadi postponed hantar ke minggu nie...... harap Kak Saba berpuas hati dan terima kasih daun keladi.
Selasa, 6 Disember 2011
kek lapis indiana strawberi - tempahan oleh Ku Lee Chin
Minggu lepas kawan sepejabat Mrs Ku Lee Chin pesan nak Kek Lapis Indiana berperisa Strawberi pulak sebab sebelum nie dah dua kali beliau pesan kek lapis saya nie tapi lain perisa... so kali nie dia mintak buat lakaran bentuk 'spiderweb' atas kek 'special for her lovely daughter' dan kebetulan maknya datang dari Melaka so nie le hasilnya:
Isnin, 28 November 2011
Kek Continental
Sabtu, 26 November 2011
Nasi tomato -tempahan oleh Pusat Dialisis Bandar Baru Bangi
Ini tempahan yang dibuat oleh Pusat Dialisis Bandar Baru Bangi untuk majlis perjumpaan staf. Terima kasih daun keladi..
Khamis, 22 September 2011
Moist Chocolate Cake untuk potluck jabatan
Esok staff girl2 ada buat potluck merangkap sambutan hari raya gitu, jadi dok pikir2 nak masak pe habisnya kek coklat jawapan untuk santapan beramai-ramai. Ape lagi balik keje terus ke kedai beli barang kek, adun punya adun .........
TARAAAAAAAAA dah siap MOIST CHOCOLATE CAKE untuk esok. HAPY ...HAPY yer esok
TARAAAAAAAAA dah siap MOIST CHOCOLATE CAKE untuk esok. HAPY ...HAPY yer esok
Sabtu, 27 Ogos 2011
kek lapis indiana original dan coklat lembap - tempahan oleh Kak Su
Hari nie hari sabtu , 3 hari lagi dah nak syawal tapi masih menghantar tempahan dari pelanggan. Kali nie 2 biji kek lapis indiana original dan kek lapis coklat lembap baru siap malam tadi yang ditempah oleh Kak Su sebagai buah tangan ke Ipoh dan Segambut untuk hari raya nie.
Terima kasih Kak Su harap berpuas hati yer dan diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kek lapis coklat lembap |
Kek lapis indiana original |
Terima kasih Kak Su harap berpuas hati yer dan diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selasa, 23 Ogos 2011
Tempahan Hari Raya 2011- Terima Kasih semua
Di kesempatan coretan blog nie saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dari JKE,BLK,UPLI, PSA, SERI KEMBANGAN,PUTRAJAYA,KLANG di atas tempahan yang memberansangkan kiranya rezeki anak untuk hari raya la...Alhamdullillah.
Rupanya letih dan berdebar-debar juga nak memenuhi tempahan pelanggan tapi seronok la bila dah sampai ke tangan tuannya. Hopefully semua pelanggan berpuashati dengan HOMEMADE LAYERS CAKE creamy,yummy and tasty nie. Lain kali boleh tempah lagi............SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
penghantaran tempahan pertama |
penghantaran kedua |
Selasa, 14 Jun 2011
Test market di gerai konvokesyen psa ke -13
Terpanggil dengan ajakan kak hanim untuk berniaga di gerai konvo, so saya pun try la berniaga mcm org kata 'test market' masa minggu konvo di PSA.....
alhamdulillah, seminggu berjalan lancar.
Jumaat, 10 Jun 2011
Ha dah dapat
Dua hari dok selongkar folder gambar yang ada, baru jumpa dua lagi gambar kek lapis yang saya nyatakan di post yang lepas, nie la dia nya:
dalam 11 kek lapis yang ada nie, kek lapis indiana 3 perisa, coklat lembap dan asam manis yang paling mendapat sambutan dikalangan pelanggan saya nie........kalau nak tau rasanya order la.untuk setiap pelanggan tester akan diberikan sebelum tempahan di buat. Konsep jualan saya senang je rasa,sedap dan tempah.
KEK LAPIS COKLAT LEMBAP |
KEK LAPIS MUTIARA |
Rabu, 8 Jun 2011
Kek Lapis
Ini adalah sebahagian produk yang faiqah's bakery hasilkan sepanjang 2011. Sebenarnya produk nie telah pun dijalankan pada awal tahun 2011 tetapi oleh kerana sibuk dengan kerjaya hakiki sebagai seorang isteri, ibu kepada sepasang si comel dan pensyarah, baru sekarang ada masa untuk menggodek blog bagi tujuan dikomersialkan. Faiqah's bakery bersedia menerima tempahan untuk sebarang majlis pada bila-bila masa sahaja dengan harga yang berpatutan serta memenuhi kehendak pelanggan dengan menghubungi 0123053052.
KEK LAPIS PUNCAK KASIH |
KEK LAPIS BETAWI |
KEK LAPIS MASAM MANIS |
KEK LAPIS INDIANA BLUEBERI |
KEK LAPIS SISIK IKAN |
KEK LAPIS KEJU SALJU |
KEK LAPIS INDIANA ORIGINAL |
KEK LAPIS HOLICKS-MILO-COKLAT |
KEK LAPIS INDIANA STRAWBERI |
Terdapat dua lagi kek yang tak tersenarai di dalam gambar ialah KEK LAPIS COKLAT LEMBAP dan KEK LAPIS MUTIARA. Nanti next blog saya uploadkan sebab dah lama simpan gambar sampai hilang ingatan kat mana folder gambarnya.
Langgan:
Catatan (Atom)