Halaman

Selasa, 14 Jun 2011

Test market di gerai konvokesyen psa ke -13

Terpanggil dengan ajakan kak hanim untuk berniaga di gerai konvo, so saya pun try la berniaga mcm org kata 'test market' masa minggu konvo di PSA.....


alhamdulillah, seminggu berjalan lancar. 

Jumaat, 10 Jun 2011

Ha dah dapat

Dua hari dok selongkar folder gambar yang ada, baru jumpa dua lagi gambar kek lapis yang saya nyatakan di post yang lepas, nie la dia nya:

KEK LAPIS COKLAT LEMBAP

KEK LAPIS MUTIARA
dalam 11 kek lapis yang ada nie, kek lapis indiana 3 perisa, coklat lembap dan asam manis yang paling mendapat sambutan dikalangan pelanggan saya nie........kalau nak tau rasanya order la.untuk setiap pelanggan tester akan diberikan sebelum tempahan di buat. Konsep jualan saya senang je rasa,sedap dan tempah.

Rabu, 8 Jun 2011

Kek Lapis

Ini adalah sebahagian produk yang faiqah's bakery hasilkan sepanjang 2011. Sebenarnya produk nie telah pun dijalankan pada awal tahun 2011 tetapi oleh kerana sibuk dengan kerjaya hakiki sebagai seorang isteri, ibu kepada sepasang si comel dan pensyarah, baru sekarang ada masa untuk menggodek blog bagi tujuan dikomersialkan. Faiqah's bakery bersedia menerima tempahan untuk sebarang majlis pada bila-bila masa sahaja dengan harga yang berpatutan serta memenuhi kehendak pelanggan dengan menghubungi 0123053052. 

KEK LAPIS PUNCAK KASIH
KEK LAPIS BETAWI

KEK LAPIS MASAM MANIS

KEK LAPIS INDIANA BLUEBERI

KEK LAPIS SISIK IKAN

KEK LAPIS KEJU SALJU

KEK LAPIS INDIANA ORIGINAL

KEK LAPIS HOLICKS-MILO-COKLAT
KEK LAPIS INDIANA STRAWBERI

Terdapat dua lagi kek yang tak tersenarai di dalam gambar ialah KEK LAPIS COKLAT LEMBAP dan KEK LAPIS MUTIARA. Nanti next blog saya uploadkan sebab dah lama simpan gambar sampai hilang ingatan kat mana folder gambarnya.