Halaman

Selasa, 25 Disember 2012

Italian Rainbow Cake - Tempahan oleh Pn Azlina




2 biji Italian Rainbow Cake yang di tempah ole Pn Azlina dari Puchong dengan saranan idea yang diberikan ..... memang menarik dan sukar nak buat deco tapi atas permintaan pelanggan ..ok la

Isnin, 10 Disember 2012

OPEN SALE DURIAN CREPE BANDAR BARU BANGI ON 11/12 & 12/12


******Jualan terbuka Durian Crepe pada hari ini (11/12/2012) dan 12/12/2012. RM 10/5pcs boleh self pick up di alamat No 14, Jalan Wawasan 4, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi @ call: 0123053052******* 

JANGAN LEPASKAN PELUANG, ANDA PASTI BERPUASHATI







Rabu, 28 November 2012

DURIAN CREPE UDANG MERAH....NAK CEPAT PUNYA PASAL



Hari-hari ada permintaan DC nie. Tapi satu malam nie dah lambat so nak cepat punya pasal botol esen oren pun nampak mcm warna kuning bila letak je dalam adunan.....Alamak oren la pulak,takut jugak customer tak suka.Last2 warna nie jugak jadi permintaan pelanggan ....dia orang cakap macam durian kunyit.


Kepada pengemar-pengemar Durian Crepe di sekitar lembah kelang terutamanya di Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Kajang,Serdang, Glenmarie,Shah Alam dan Nilai boleh hubungi saya 0123053052 atau melalui fb- faiqahsbakery@gmail.com

Selasa, 20 November 2012

Demam Durian Crepe

Durian membuka fenomena Durian Crepe yang tengah meletop-letop sekarang. Sana-sini cerita pasal durian crepe, Jadi saya pun nak tumpang semangkuk meniaga DURIAN CREPE nie.Rupanya comel dan bila sekali ngapppp...MasyaAllah sodapnyaaaa gabungan citarasa asia dan barat bersatu didalam satu pencuci mulut.




OPEN SALE
DURIAN CREPE
RM 10/5PCS
SELF PICK UP AT 
NO 14 JALAN WAWASAN 4, SEKSYEN 14, BANDAR BARU BANGI 
@ BOLEH DELIVERY KE RUMAH DENGAN 10PACK KE ATAS  DENGAN CAJ PENGHANTARAN. FREE DELIVERY DI SEKITAR BANDAR BARU BANGI DAN TTDI JAYA & SEKSYEN 13 SHAH ALAM (WEEKDAYs)

Rabu, 14 November 2012

Moist Chocolate Cake - Tempahan oleh En Khairy Ramly




Tangan ni malas betul nak tulis entry tempahan tapi kene jugak untuk penghargaan kepada pelanggan FAIQAH'S BAKERY. Kali ini saya nak ucapkan terima kasih kepada En Khairy yang telah menempah kek coklat untuk majlis sukaneka sykt MADETILL EVENT MANAGEMENT SDN BHD. Sebenarnya saya nie tak berapa arif dalam mencantikkan kek nie janji rasanya mantop kira ok la kan. Semoga berpuas hati

Sabtu, 10 November 2012

Kek Lapis HOMICO - Tempahan Cik Roslina

ini adalah tempahan Kek lapis yang paling mencabar yang pernah saya buat... petak otak dibuatnya nak memikirkan hiasan supaya memenuhi kehendak bakal pengantin. Kek lapis ini saya anyam tikar banyak kali mencuba akhirnya inilah hasilnya


SELAMAT PENGANTIN BARU

 FANDI & ROS
Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan jodoh sehingga ke akhir hayat pasangan ini

AMIN




Jumaat, 2 November 2012

Moist Chocolate Cake - Tempahan Kak Marlina




Yarrrkkkkkk.........Yarrrkkkkkkk

Zasssss..Zaaaaa ,Tu dia tempahan dari kak Marlina untuk anak sulongnya Taufiq 


Rabu, 24 Oktober 2012

Walnur Carrot cheese Cake - Tempahan Rohaniza Mat Zali


Tempahan kali ini datang dari member sekolah menengeh yang dah berbelas tahun tak jumpa akhirnya kami bertemu dalam satu pejabat...tu la jodoh kami. minah nie buat request dua bulan lalu katanya nak banyak image angry birds ...pikir...pikir lagi akhirnya jumpa gambar angry birds ranger daaaa




Kira ok la kan sebab banyak jugak angry birds nya 


Selasa, 23 Oktober 2012

Red Velvet Cup cake- Monster Cookies and angry birds



 Ini adalah tempahan Kak Aishah member sekerja untuk harijadi princessnya Auni, so saya cari ilham untuk nampak cute and comel akhirnya buat cupcake red velvet image monster cookies and angry birds.




 Monster cookies dengan chipsmore dan angry birds dengan nips......anak saya suka sangat, rasa sayang nak nggappppp......



Happy 3nd Birthday Princess Auni. Semoga jadi anak yang solehah dan baik...Amin

Selasa, 18 September 2012

Kek lapais Indiana Original - Tempahan Kak lin dari Ulu Tiram ,JB



Kak lin ini rakan mukabuku rakan sekerja saya, Kak Jan. So dia tempah untuk rakannya yang berada di Kedah . Hopefuly Kak Zuraida nie suka la.

Feedback : Minggu depannya Kak Zuraida order 4 loaf kek Indiana pelbagai rasa termasuk 1 untuk kak lin ...kiranya berbalas balas gitu. Alhamdulillah rezeki anak

Jumaat, 17 Ogos 2012

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 2012

SALAM AIDILFITRI 1433H BUAT SEMUA......

Alhamdullilah semua tempahan raya dah settle so dikesempatan ini Faiqah's Bakery ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 kepada semua pelanggan yang setia dan sentiasa menyokong produk homemade Faiqah's Bakery. Faiqah's Bakery sentiasa berdoa agar produk yang dihasil sentiasa memenuhi selera dan kehendak pelanggan. Semoga raya pada tahun ini akan membuka lembaran raya yang paling indah berbanding tahun sebelumnya. InsyaALLAH jika ada rezeki dan jodoh jumpa lagi raya di tahun hadapan....akhir sekali faiqahs nak hadiahkan lagu raya evergreen yang tak lekang dek panas & tak lapuk dek hujan dan paling anak2 kecil suka sangat..... 


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa


Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi


Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira





Jumaat, 20 April 2012

Acar Pulau Mutiara - di Pasaraya Metamorf

Kini Acar pulau mutiara telah ada dijual oleh di Metamorf pantai dalam dan Alhamdullilah sambutan yang amat memberansangkan. Untuk pengetahuan semua Pasaraya Metamorf ini adalah salah satu pasaraya yang memasarkan produk muslim yang sentiasa diwar-war dalam radio IKIM. Sesiapa yang tinggal berdekatan kawasan tersebut dan ingin mencuba boleh dapatkannya segera...



Rabu, 18 April 2012

ACAR PULAU MUTIARA - KINI DI MY AGRO HYPERMARKET


Buat semua pelanggan yang dihargai, kini Arrazif Food & Beverages selaku anak syarikat Faiqah's Bakery telah memasarkan produk IKS iaitu Acar Pulau Mutiara di My Agro Hypermarket bertempat di tingkat park bawah, Dewan Pameran Di Malaysia Agro Exposotion Park Serdang (MAEPS). Di samping itu juga anda semua boleh melihat dan membeli pelbagai barangan runcit dan produk IKS yang ternyata lebih murah dari pasaraya luar.


Nak cerita lah sikit tentang Acar Pulau Mutiara nie... rasanya tidak lah semanis Acar Buah Johor yang hanya boleh dimakan dengan nasi minyak ke, beriyani ke... tetapi ia ada rasa pedas sikit dan boleh di jadikan lauk utama bersama Nasi putih, Nasi Goreng, Nasi Ayam atau bila-bila masa terbit rasa malas nak masak lauk-pauk yang meriah.


Pengedar-pengedar tunggal dialu-alukan untuk memasarkan produk IKS

Isnin, 16 April 2012

Kalau ke Mersing!! MENGINAP la seMALAM dua di ......RIVERSIDE HOTEL




Kalau tuan/puan ke Mersing jangan lupa menginap di Riverside Hotel. Terletak di hadapan bangunan   sementara Politeknik Mersing dengan menawarkan harga yang sangat berpatutan, murah serta kebersihan yang sentiasa dijaga.
  







Bagi sesiapa yang ingin ke Pulau Tioman anda boleh menginap di hotel ini kerana jaraknya cuma 10min sahaja kalu berjalan kaki ke Jeti bot. Permandangan yang indah bila air pasang/surut kerana hotel ini dibina bersebelahan dengan sungai laluan keluar/masuk bot nelayan ikan serta anda juga boleh memancing pada bila-bila masa sahaja. Untuk tempahan boleh call pemilik Pn Hapsah ditalian 0196318049 atau riverside hotel = 077982589

Rabu, 11 April 2012

Red Velvet Cake - Tempahan Pn Nurul Akmar


Salam kepada semua pelanggan......rasanya lama dah tak mencoretkan dalam post nie.... hampir dua minggu suami demam,anak-anak semuanya demam dan akhir skali saya pun demam......tapi minggu nie bibik pulak yang demam....kesian ....Minggu nie tempahan dari kak nurul untuk anak sulungnya Izzah Faqihah yang nak sangat kek barbie doll.

Happy 9th Birthday  Izzah Faqihah



Khamis, 29 Mac 2012

Kek Angry Bird - tempahan Pn Mazlina

Kek penutup bulan MAC nie adalah tempahan dari Pn Mazlina Mahroji untuk puteranya Aariz Baqir... Alamak!!!!!!u all perhatikan ape yang silap di situ



Happy 3rd birthday Aariz semoga panjang umur dan murah rezeki

Ahad, 25 Mac 2012

Kek continental terbaru dari FAIQAH'S BAKERY

Hai dan salam sejahtera kepada pelanggan dihormati, produk terbaru dari faiqah's bakery ala-ala SR la.Check it out!


Heavenly Caramel Cake


Creamnya sangat sedap


















Kek nie rasanya..sangattt sedap dan memenuhi semua citarasa pelanggan.......sape-sape yang order memang tak rasa membazir lah, kalau makan banyak pun tak muak







Snowy Peach Cake 




Sesiapa yang sukakan buah-buahan, kek nie sesuai. Dalam dan luar kek di meriahkan dengan buah peach
YUmmy...yummy

























Mascarpone Chocolate Cake

Creamnya melt in your mouth


Kek nie rasa 'milky' di sebabkan oleh kandungan cheesenya meriah sungguh.rasanya ini pun sedap and creamy











Kesimpulanya : Sedap-sedap belaka

Ahad, 18 Mac 2012

Moist Chocolate Cake - Tempahan oleh Pn Nurul Akmar

Oleh kerana anak Pn nurul nie suka sangat dengan bola so konsepnya bola lah.......survey punya survey saya pun buat hiasan kek tempahanya gaya gini ..




TQVM Kak Nurul

Khamis, 15 Mac 2012

Milky Marble - Tempahan Pn. Naagajoothi

Dah lama joothi tempah kek mentega nie tapi masa belum mengizinkan, so minggu nie dah terlebih rajin so saya pun bake la kek marble nie untuk ibu mertua dan joothi. TQVM Jot



Tekstur keknya yang lembut, berkrim, gebu dan halus. sape berminat boleh la tempah

Jumaat, 9 Mac 2012

Moist Chocolate Cake - Tempahan Pn Suryani Ilyas

Tempahan angry bird nie oleh kak su yang teringin nak makan kek ber'image'kan angry bird. Dah 3 minggu dia tunggu kek nie.. Alhamdullilah siap jugak akhirnya





Kali nie 'image' nya saya buat ala-ala budak tadika mewarnakan gambar la.....comot2 gitu. Pe pun tqvm kak su

Selasa, 6 Mac 2012

Moist Chocolate Cake - Tempahan Pn Masriani

Tempahan dari Kak Mas untuk birthday baby DHIYA' HASANAH. Semoga panjang umur dan murah rezeki oleh Allah s.w.t.TQVM Kak Mas





Rabu, 29 Februari 2012

German Black and White - Tempahan Pn Nurul Huda

Tup...tup...dah ompek taun ko kawin ye huda......dan dah 4 tahun la ku kenal ko......aleh-aleh dah nak posting ala-ala oversea gitu .......sedih memang sedih tapi syukur sebab dapat huda ikut husband skali.....Akak doakan Nurul Huda & Ahmad Firdaus berbahagia dan panjang jodoh sehingga ke akhir hayat serta dikurniakan zuriat sebanyak football team....Aminnnnn







Huda akak dah menyampaikan hasrat ko ye.....

Selasa, 28 Februari 2012

German Black and White - Tempahan Pn Marzita

Kak Marzita menempah untuk sambutan Harijadi suaminya yang tersayang....... Kesian kak marzita yang mulanya nak buat suprise tapi frust akhirnya.....hubby tukar rancangan nak gi dinner luar sebelum kek sampai....takpe lain kali ada lagi ye kak. Semoga berpuashati dan terima kasih bebanyak



Semoga Panjang umur dan dimurah rezeki oleh Allah s.w.t