Halaman

Rabu, 29 Februari 2012

German Black and White - Tempahan Pn Nurul Huda

Tup...tup...dah ompek taun ko kawin ye huda......dan dah 4 tahun la ku kenal ko......aleh-aleh dah nak posting ala-ala oversea gitu .......sedih memang sedih tapi syukur sebab dapat huda ikut husband skali.....Akak doakan Nurul Huda & Ahmad Firdaus berbahagia dan panjang jodoh sehingga ke akhir hayat serta dikurniakan zuriat sebanyak football team....Aminnnnn







Huda akak dah menyampaikan hasrat ko ye.....

Selasa, 28 Februari 2012

German Black and White - Tempahan Pn Marzita

Kak Marzita menempah untuk sambutan Harijadi suaminya yang tersayang....... Kesian kak marzita yang mulanya nak buat suprise tapi frust akhirnya.....hubby tukar rancangan nak gi dinner luar sebelum kek sampai....takpe lain kali ada lagi ye kak. Semoga berpuashati dan terima kasih bebanyak



Semoga Panjang umur dan dimurah rezeki oleh Allah s.w.t




Selasa, 21 Februari 2012

Walnut Carrot Cheese Cake - Tempahan Pn Fariza

Post kali nie adalah untuk harijadi Danish Haikal putera sulong Pn Fariza....so kali nie saya buatkan angry bird kuning untuk Danish




 

Semoga Allah Memberkati dan merahmati kehidupan insan yang bernama Danish Haikal....Aminnn

Sabtu, 18 Februari 2012

Moist Chocolate Cake - Tempahan Pn Rokiah

HAPPY BESDAY MEMEY

Tempahan oleh Pn Rokiah untuk puteri tunggalnya yang menyambut harijadi yang ke 7 tahun........sory kak kiah lambat skkitttttt sampai Taman Medan.....




Rabu, 15 Februari 2012

HAPPY BIRTHDAY NUR FAIQAH






Syukur Alhamdulilah dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t yang telah mengkurniakan saya cahaya mata dan kekasih hati yang sangat indah dalam dunia nie............diam tak diam dah setahun usia cahaya mata kedua saya yang menyambut hari lahirnya semalam 15/02/2012. Masih pekat melekat diingatan hari kelahiran puteri saya 15/02/2011 setahun lalu adalah bersamaan dengan Hari Keputeraan Nabi junjungan kita , Nabi Muhammad s.a.w....itulah tarikh yang kami tunggu....NUR FAIQAH BINTI RAHIMI nama diberi penyeri kedua dalam rumahtangga saya. Abah, Mak dan abang Razif berdoa agar NUR FAIQAH sentiasa di Rahmati ALLAH dan menjadi anak yang solehah serta ceria selalu. Sebenarnya hiasan kek nie abang razif yang bagi idea untuk hiasan tq sayang mak....

sayang adik

Abang Razif nak angry bird tu

faiqah sangat gembira
yummy-yummy





















Selasa, 14 Februari 2012

German Black and White - Tempahan Pn Zarina







Happy 13th Anniversary Kak Zarina ♥  Husband. Semoga sentiasa berbahagia dan berbunga-bunga cinta dengan insan tercinta  

German Black and White - Tempahan dari Pn Rokiah



HAPPY ANNIVERSAY KAK ROKIAH






Semaoga Allah Panjangkan jodoh dengan pasangan hingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu.....rasanya dia orang nie berlawan kahwin dua-dua kakak nie.......

Ahad, 12 Februari 2012

Walnut Carrot Cheese Cake - Tempahan Pn Faizah untuk birthday nya sendiri

HAPPY BIRTHDAY KAK PAI

Semoga di murahkan rezeki oleh Allah s.w.t dan sentiasa berbahagia disamping insan -insan yang tercinta. Amin



Jumaat, 10 Februari 2012

Kek Lapis Masam Manis - Tempahan Pn Rohana Sahak

Kek yang kak ana doq nanti-nantikan nasib baik ada tempahan kahwin so boleh ler saya memenuhi keinginan akak yang dah sekian lama tu...TQVM nextime boleh tempah lagi yer




Moist Chocolate Cake - Tempahan Puan Zabidah

Pn Zabidah nie nampaknya macam dah jadi pelanggan tetap kek coklat ye..... kali nie beliau nak rasa sendiri kek coklat yang beliau tempah untuk birthday Zakwan bulan sudah ....so beliau tempah dua loaf untuk cuti hujung minggu, berharap akak  berpuas hati dengan kek nie...TQVM




Kek Lapis Coklat Lembap - Tempahan Pn Ina



Ini adalah tempahan oleh Pn Ina dari UPLI untuk majlis merisik adik beliau pada keesokan hari di Perak (tak sangka kek lapis I ke Perak yer). Didoakan semoga Allah permudahkan urusan serta di panjangkan jodoh hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat......Amin


Khamis, 9 Februari 2012

Hari ini dalam sejarah.....

Macamana nak cakap....bagaikan hari ini dalam sejarah hidup saya yang tak pernah masuk pertandingan menonjolkan bakat terpendam kalau pertandingan sukan bodo-bodo waktu sekolah dolu-dolu ada la. Hari nie saya g pertandingan menghias kek......mengigil-gigil tangan macam orang kene parkinson e e e e selisih malaikat 44. Tapi seronok la walaupun tak tersenarai dalam top 3, rasa hati puas kerana boleh test  kepantansan diri sendiri dalam solek menyolek kek........takyah cakap banyak la nie hasil selama 40min yang diberikan................... 
"MY LITTLE CUTE LADYBUG"






Khamis, 2 Februari 2012

Moist Chocolate Cake - Tempahan dari Pn Nor Rofizah

Minggu nie tempahan dari Kak Fizah untuk puterinya, Nurul Irdina 3 tahun. Permintaan beliau nak warna basenya pink so saya cuba untuk sesuaikan warna angry birds and keknya......inilah kejadiannya.....










HAPPY BIRTHDAY NURUL IRDINA